Thursday, 5 December 2013

Flat Taman Sri Kemuning , Mukim Perak , Temerloh



Sekitar Pemandangan di Flat Sri Kemuning 

Flat ini telah di bina oleh Malaysia Building Society Bhd pada tahun 1986 di atas Tanah Kerajaan dengan kerjasama Pejabat SUK Pahang. Setelah berapa tahun pengurusan flat ini diserahkan kepada Unit Perumahan SUK Pahang pada tahun 90an. 







                                     







Rumah Kedai 









Senarai Perumahan Awam Berbilang Tingkat di Majlis Perbandaran Temerloh

1. Flat Taman Sri Kemuning ( 705 petak )

2. Flat PKNP Jalan Tengku Ismail ( 32 petak )

3. Flat LKNP Jalan Karak ( 128 petak )

Tuesday, 3 December 2013

Tugasan Sebagai Pegawai COB

1.      Bertanggungjawab mewujudkan,menyenggara dan mengemaskini maklumat pemajuan berstrata .

2.      Bertanggungjawab menyelaras perlaksanaan Akta Bangunan dan Harta Bersama ( Akta 663 dan Bahagian VI dan VII Akta Hakmilik Strata ( Akta 318).

3.      Bertanggungjawab sebagai setiausaha mesyuarat jawatankuasa khas bagi menyelesaikan pertelingkahan di kawasan pemajuan bertingkat.

4.      Bertanggungjawab menguruskan aduan berkenaan isu  penyenggaraan dan pengurusan harta bersama.  


Fungsi Unit COB Majlis Perbandaran Temerloh

Memastikan penyenggaraan harta bersama dilaksanakan berdasarkan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan bagi mewujudkan suasana harmoni dalam kehidupan perkongsian harta bersama bagi pembangunan bertingkat.

Penubuhan Unit COB Majlis Perbandaran Temerloh

Unit COB Majlis Perbandaran Temerloh mula ditubuhkan pada 15 Ogos 2008 dengan menempatkan pegawai kader dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta ( JPPH), Kementerian Kewangan Malaysia .
Pegawai terbabit di pinjamkan ke Jabatan Perumahan Negara, di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).